AlatanBahasa lain
|
Wikipedia Bahasa Inggeris
Penyumbang Wikipedia Bahasa Inggeris mengikut negara[2]
Wikipedia Bahasa Inggeris merupakan edisi Bahasa Inggeris ensiklopedia Wikipedia. Diasaskan pada 15 Januari 2001 dan mendekati 2 juta buah rencana pada September 2007,[3] Wikipedia Bahasa Inggeris merupakan edisi Wikipedia yang pertama dan kekal sebagai yang terbesar, dengan lebih daripada dua kali ganda Wikipedia yang kedua terbesar, iaitu Wikipedia Bahasa Jerman. Pada tahun 2007, kira-kira satu perempat daripada rencana-rencana di semua Wikipedia adalah kepunyaan edisi Bahasa Inggeris.[4]
[sunting] Edisi perintisWikipedia Bahasa Inggeris merupakan edisi Wikipedia yang pertama dimulakan dan kekal sebagai yang terbesar. Wikipedia Bahasa Inggeris merintis banyak konvensyen, polisi, dan ciri-ciri yang diambil oleh edisi Wikipedia yang lain, dan juga mengambil ciri-ciri daripada Wikipedia Bahasa Jerman, serta edisi-edisi lain yang lebih kecil. Ini termasuk "rencana terpilih",[5] polisi pandangan berkecuali,[6] templat navigasi,[7] membahagikan rencana tunas kepada subkategori,[8] mekanisme penyelesaian pertikaian seperti pengantaraan dan pengadilan,[9], dan kerjasama mingguan.[10] Banyak penyerta paling aktif Yayasan Wikimedia, dan pengembang perisian MediaWiki yang menguasai Wikipedia, juga merupakan pengguna Wikipedia Bahasa Inggeris. [sunting] Kontroversi
Antara kontroversi di Wikipedia Bahasa Inggeris ialah perbahasan tentang apa jenis Bahasa Inggeris yang patut digunakan, dengan kebanyakan penggunanya merupakan penutur sama ada Bahasa Inggeris Amerika atau Bahasa Inggeris British.[11][12] Terdapat juga isu yang mirip di Wikipedia Bahasa Cina, dengan penyelesaian yang berbeza. [sunting] Pengguna dan penyuntingWikipedia Bahasa Inggeris mencapai 4,000,000 buah akaun pengguna berdaftar pada 1 April 2007,[13] Bilangan penyunting aktif (sama ada berdaftar atau tanpa nama) di Wikipedia adalah selalu jauh lebih sikit daripada bilangan ini. Sebagai edisi Wikipedia yang terbesar, dan disebabkan oleh Bahasa Inggeris sebagai satu bahasa yang digunakan secara meluas, Wikipedia Bahasa Inggeris ini mendapatkan banyak pengguna dan penyunting yang bukan penutur bahasa utama. Mereka mencari maklumat di Wikipedia Bahasa Inggeris daripada memilih Wikipedia bahasa utama mereka hanya kerana Wikipedia Bahasa Inggeris mengandungi lebih maklumat. [sunting] Lihat juga[sunting] Catatan dan rujukan
[sunting] Pautan luar |
|||||||||||||||||||||