Kotak alatanBahasa lain
|
Wikipedia:Tutorial
Selamat datang ke Tutorial Wikipedia Bahasa Melayu. Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia yang membenarkan anda untuk menyunting mana-mana rencana yang anda mampu dan mempunyai pengetahuan mengenainya. Siri tutorial ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran yang anda perlukan dalam membantu kami membangunkan projek ini. Setiap seksyen akan membincangkan fungsi berguna program wiki, gaya dan panduan kandungan, maklumat mengenai komuniti Wikipedia, atau polisi/dasar penting Wikipedia. Walau bagaimanapun, kandungan tutorial hanyalah sekadar pengenalan kepada pengguna baru. Jika anda inginkan maklumat yang lebih lengkap, dalam tutorial ini ada disediakan pautan kepada laman yang mempunyai maklumat yang lebih terperinci mengenai topik-topik yang dibincangkan. Selain itu, sesetengah seksyen ada menyediakan latihan bagi membolehkan anda mempraktikkan apa yang anda pelajari. Ambillah peluang ini untuk mencuba. Bak kata pepatah Inggeris, practice makes perfect. Nota: Lokasi pautan yang diberi dalam tutorial ini menganggap anda menggunakan bentuk atau kulit laman yang sama (MonoBook). Jika anda sudah log masuk sebagai pengguna berdaftar dan telah menukar tatarajah asal anda, tutorial ini mungkin berada di lokasi yang lain.
|
| kreatyna kreatyna www.activebody.pl | Gry Online Gry Online www.pozycjonarka.in… | Plaza 3 star hotel Los Angeles www.triptake.com | krynica noclegi krynica noclegi,ośrodek, wypoczynk… gornik.com.pl | Kredyty odnawialne Kredyty odnawialne www.eskarbiec.pl |