Wikipedia:Kedai Kopi

Selamat datang ke Kedai Kopi,
laman perhubungan anda dengan komuniti Wikipedia!

“Membawa Wikipedia Bahasa Melayu ke taraf antarabangsa!”

Jalan pintas:
WP:KK
WP:KOPI

Laman ini adalah untuk pengguna Wikipedia berbincang mengenai Wikipedia serta mencadang, meminda atau memansuhkan polisi melalui proses pengundian. Walau bagaimanapun:

  • Untuk komen-komen tentang sesebuah rencana, sila gunakan pautan "Perbincangan" pada laman tersebut.
  • Wikipedia bukan tempat untuk mengiklan (iklan akan dipindahkan atau dibuang).
  • Wikipedia bukan sebuah syarikat. Pendukung Wikipedia tidak bekerja untuk Wikipedia. Wikipedia tidak akan membayar gaji anda, sebaliknya sumbangan anda bagi tabung penyelenggaraan amat dihargai.

Kandungan yang tidak berkaitan akan dipadam.

Prosedur peninggalan pesanan

Untuk memudahkan pembacaan dan jawapan, tolong:

  • Tulis soalan anda pada bawah halaman ini. Jika anda tidak/tidak boleh guna pautan itu, tolong letak soalan anda di bawah halaman ini dan jangan lupa letakkan tajuk dengan menaip " == tajuk == ".
  • Menandatangani soalan anda dengan menaip " ~~~~ ".

Catatan: Jika perkara yang anda hendak sampaikan berkenaan hal InterWiki, sila ke Kedutaan.

Lihat juga

2004 | 2005 | 2006: Jan, Feb, Mac, Apr, Mei, Jun, Jul, Ogos, Sept, Okt, Nov, Dis | 2007: Jan, Feb, Mac, Apr, Mei, Jun, Julai, Ogos, Sept, Okt, Nov, Dis | 2008: Jan, Feb, Mac, April

Senarai kandungan

[sunting] Koordinat

Saya lihat kenapa imej ini → tidak muncul-muncul pada templat koordinat. Saya lihat di en.wikipedia, apabila menekan imej tersebut pada templat koordinat, ia akan mengeluarkan sebuah peta dunia yang berkoordinat. Tetapi, ia tidak berlaku kepada ms.wikipedia. Saya menghadapi jalan buntu mencari penyelesaian tersebut. Harap sekalian dapat mengkaji atau membantu masalah ketiadaan imej tersebut pada templat koordinat. Sekian. — Didie (bincang) 03:03, 4 Mei 2008 (UTC)

Rujukan : Templat:Coord.
Contoh rencana : Lapangan_Terbang_Sultan_Mahmud
Sekian. — Didie (bincang) 03:04, 4 Mei 2008 (UTC)

Itu kerana wiki-en menggunakan Javascript. Lihat m:WikiMiniAtlas untuk maklumat lanjut. ...Aurora... 15:48, 5 Mei 2008 (UTC)

[sunting] Buang

Boleh tak pihak yang bertanggungjawab menghapuskan Kategori:Pesawat sebab dah ada Kategori:Pesawat udara. Pesawat udara adalah ejaan yang betul jadi buang apa yang salah, ok? -- Tebu.an 04:25, 11 Mei 2008 (UTC)

[sunting] Jom Pakat Hantar!

Tambahkan lagi penyumbangan anda dalam bidang sains dan teknologi, perubatan, pembelajaran dan pengetahuan am untuk informasi tambahan kepada masyarakat kita terutama sekali para pelajar di setiap peringkat pengajian. Marilah kita bersama-sama menyumbang! =) Sumbangan anda amatlah berharga dan ilmu yang disampaikan akan berpanjangan bersama ganjaran pahala yang diberi Tuhan.. Puteribola 23:53, 11 Mei 2008 (UTC)puteribola

Saya sokong. Bagi saya tumpuan perlu lebih kepada subjek bukan kepada isu semasa seperti politik kerana isu semasa boleh berubah fakta bila-bila masa. Kerana itu saya banyak membuang entri isu semasa politik yang seperti cakap-cakap di warung kedai kopi. Kalau saya mahu membaca isu politik saya bukan membaca di wikipedia. Kamalzack 00:57, 12 Mei 2008 (UTC)
Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan berguna oleh semua orang. Laman ini adalah milik semua orang khususnya penutur bahasa Melayu, dan semua sumbangan yang berguna dialu-alukan. Sumbangan kontrovesi yang berbentuk fitnah tanpa sumber rujukan akan dihapuskan. Yosri 01:29, 12 Mei 2008 (UTC)
Saya sokong dan mengalu-alukan anda semua hantar sumbangan yang pastinya bertujuan memberikan rujukan kepada semua orang. Hidup bahasa melayu sebagai sumber ilmu!Che 06:46, 13 Mei 2008 (UTC)
Kadang-kadang saya merasakan seperti membaca blog politik atau ruangan "shout box" yang selalu ada dalam blog politik. Bagi saya kalau seseorang itu menulis entri berkenaan dengan politik maka dia juga bertanggungjawab untuk mengemas kini entri tersebut jika terdapat sebarang perubahan dari segi fakta dan sebagainya. Satu contoh yang saya beri kepada Pancaragam mengenai krisis dengan Sultan yang mula-mula ditulis hanya UMNO yang terlibat tapi sekarang sudah dibuktikan isu itu juga boleh melibatkan parti lain. Kerana itu saya menyuruh diletakkan dalam Raja Berperlembagaan atau entri lain dan menampakkan menuding jari kepada satu kumpulan sahaja. Kamalzack 05:05, 12 Mei 2008 (UTC)
Pasal nie, pelajar dah study benda-benda sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi aku rasa diorang lebih rela rujuk kat Wikipedia Inggeris sebab bebudak nie kalau tengok istilah sains & teknologi (apa-apa aje) dalam Bahasa Melayu terus mereka tak paham. Aku pun sama sebab sedikit terpengaruh ngan Bahasa Inggeris hingga tak paham satu habukpun dalam Bahasa Melayu. Kalau aku nak jawab periksa, aku rela jawab BI. Nie semua Kementerian Pelajaran punya pasal dan juga Pak Lah!!! So, kalau aku nak buat artikel pasal ilmu pengetahuan dalam BM, mana aku nak cari kamus online pasal istilah benda-benda gini. Karyanet terhad sangat. Kalau nak beli kamus, aku takdak duit. Hehehe. Satu lagi, aku rasa Pak Lah saje nak benam BM sampai bahasa tu tak wujud lagi. -- Tebu.an 11:02, 12 Mei 2008 (UTC)
seingat saya kita dah bersetuju agar tidak mengutuk pemimpin kita di sini. Pak Lah adalah PM Malaysia. Bukan sekadar pemimpin parti. Kalau nak lantik orang lain menjadi PM, tunggu PRU 13. Sekarang masa untuk bekerja. Saya gunakan wiki untuk menulis rencana umum dan menulis di blog untuk memberi komen berkenaan politik. Sila kunjungi blog saya di http://www....... sori, kat sini tak boleh iklan aaa... cheguman 06:41, 13 Mei 2008 (UTC)

[sunting] Wikipedia sekarang menjadi alat rujukan

Menurut berita ini, Wikipedia Inggeris sekarang menjadi alat pembelajaran sekolah. Jadi saya minta kerjasama semua untuk meningkatkan lagi Wikipedia Bahasa Melayu dengan menterjemah dan menulis rencana dengan penuh tanggungjawab dan berkualiti. Terima kasih. Kamalzack 05:12, 12 Mei 2008 (UTC)

[sunting] Siapa mat Indonesia yang buat vandalisme dalam wikipedia?

Nampaknya ada orang indo tak puas hati buat vandalisme dalam ms.wikipedia. Pancaragam tak nasihat ke bangsa sejenis? Kamalzack 12:08, 13 Mei 2008 (UTC)

Saya rasa kita tidak perlu babitkan isu ini dengan orang lain yang tidak terbabit, sebaliknya bersedia untuk siri serangan selanjutnya. Ini kerana biasanya ia datang dalam bentuk beberapa siri gelombang. Tak tahulah kalau dah habis kena cantas kali ini. Yosri 12:18, 13 Mei 2008 (UTC)
kat mana? cheguman 14:41, 13 Mei 2008 (UTC)
Dah dicantas. ...Aurora... 14:46, 13 Mei 2008 (UTC)
Tahniah. cheguman 15:03, 13 Mei 2008 (UTC)

Tolong hormat sikit pada orang Indonesia. Gelaran 'mat' itu may be insulting. Sekadar pandangan. Salam. Pancaragam 17:58, 13 Mei 2008 (UTC)


Jachty Motorowe czerwony schron telewizja internetowa Hellboy II: The Golden Army żywność
Plaza 3 star hotel Los Angeles

www.triptake.com
krynica noclegi
krynica noclegi,orodek, wypoczynk…
gornik.com.pl
Gry Online
Gry Online
www.pozycjonarka.in…
usb
usb, usb
www.krj.pl
kreatyna
kreatyna
www.activebody.pl