Wikipedia:Bina web

Jalan pintas:
WP:BTW
Laman ini merupakan panduan Wikipedia. Ia menjadi panduan yang dipersetujui ramai penyunting dalam sesuatu keadaan. Melainkan suntingan kecil, sila bincangkan dahulu sebarang cadangan perubahan pada polisi ini.

Bina Web merujuk kepada tindakan mengaitkan rencana-rencana yang terdapat yang berkenaan di dalam Wikipedia sehingga menjadikan Wikipedia nampak seperti satu laman web, ataupun satu jaringan. Tindakan yang paling mudah untuk mengaitkan rencana-rencana tersebut adalah dengan menambah kurung siku [[ ]], kepada sesuatu perkataan dalam sesuatu rencana. Dengan tindakan, perkataan berkenaan akan menjadi satu pautan yang boleh ditekan oleh tetikus untuk masuk ke rencana yang lain (lazimnya laman berjudulkan perkataan berkenaan). Contohnya:

[[wikipedia]]

Yang akan menghasilkan:

wikipedia

Maka cubalah anda tekan "wikipedia" berwarna biru itu!

Jika anda tidak berpuas terhadap isi suatu pautan dalam rencana, gantilah pautan tersebut ke tempat lain yang lebih sesuai, atau kembangkan rencana yang menjadi tujuan pautan tersebut. Ingatlah bahawa rencana yang dipautkan tersebut tidak akan muncul secara automatik, melainkan ada seseorang mengklik pautan itu. Tapi janganlah membubuh terlalu banyak pautan sehingga rencana tersebut menjadi koleksi pautan.

Jika anda ingin memberikan penekanan lebih terhadap suatu pautan, ada cara lain yang lebih baik daripada menghapus pautan lain yang anda rasa kurang penting. Ingatlah bahawa suatu pautan dapat berguna sewaktu menggunakan ciri "Pautan ke halaman ini" dari halaman rencana tujuan.


system wymiany linków SEO Tools tanie kredyty gotówkowe kreatyna Plaza 3 star hotel Los Angeles krynica noclegi Sejm Tyk