AlatanBahasa lain
|
Shandong
Shandong (Cina Ringkas: 山东; Cina Tradisional: 山東; pinyin: Shāndōng) ialah sebuah wilayah di pantai timur Republik Rakyat China. Singkatannya ialah Lu, bersempena negeri Lu yang pernah didirikan di sini sewaktu Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh. Nama Shandong bererti "timur gunung", iaitu kedudukan wilayah ini di timur Pergunungan Taihang.[1] Wilayah ini terletak di kawasan-kawasan hilir sungai Huang He (Sungai Kuning) dan menganjur hingga ke laut dalam bentuk Semenanjung Shandong. Shandong bersempadan dengan Teluk Bohai di utara, Hebei di barat laut, Henan di barat, Jiangsu di selatan, dan Laut Kuning di tenggara; wilayah ini juga berkongsi sempadan yang amat pendek dengan Anhui, di antara Henan dan Jiangsu. Shandong juga idberi nama jolokan Qílǔ (Cina Tradisional: 齊魯, Cina Ringkas: 齐鲁), bersempena negeri Lu dan negeri Qi yang pernah wujud di kawasan ii ketika Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||