AlatanBahasa lain |
Mohd Najib bin Abdul Razak
YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 7 Januari 2004, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
KontoversiKes Pembunuhan Shaariibuugiin AltantuyaaWalaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja Petra Kamarudin Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy Prime Minister [1] pada 11 Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.[2] Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti berkenaan tuduhan ini. Perhimpunan Kampung Baru 1987Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib diadakan di Kampung Baru. Sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu di mana sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah bermula", dan "Basahkan keris dengan darah Cina". Perkara ini menyebabkan ketegangan antara kaum yang membawa kepada kebimbangan berulangnya keganasan kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan[3]. UMNO pula diisytiharkan sebagai haram pada awal tahun 1988, yang membenarkan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad, mengukuhkan kuasanya dengan menubuhkan nama baru menggunakan nama UMNO yang telah diharamkan. Parti yang baru ditubuhkan ini menyisihkan mereka yang mencabar kuasa Mahathir[4]. Dakwaan Malaysia sebuah negara IslamDalam mengekalkan stategi UMNO untuk mempolitikkan isu perkauman dan agama[5], Najib mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat bermaksud pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara."[6] PerkaumanMenurut Asia Times Online- pada tahun 1987, ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istemewa orang Malayu dalam satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina. [7] KeluargaIsteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak lelaki, Nizar (lahir 1978), Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa. Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak. PendidikanDilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein. Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974. Kerjaya politikNajib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu. Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun. Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah :
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu. Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada tahun 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000. Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Alamat rasmi
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||