Manga

Salah sebuah manga yang popular di Malaysia: Initial D
Salah sebuah manga yang popular di Malaysia: Initial D

Manga (漫画) adalah perkataan Jepun untuk komik (bukan berbentuk animasi, merujuk kepada kartun yang dicetak); di luar Jepun, ia merujuk khas kepada komik Jepun. Manga dihasilkan dari gabungan ukiyo-e dan gaya lukisan barat. Biasanya manga dilukis dalam bentuk hitam putih (kecuali kulitnya).

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Manga, jika diterjemah secra harafiah, bererti "gambar rambang". Perkataan ini julung kali dipakai secara umum pada akhir abad ke-18 apabila keluarnya karya-karya seperti "Mankaku zuihitsu" oleh Suzuki Kankei (1771) dan Santo Kyoden buku bergambar "Shiji no yukikai" oleh Santo Kyoden (1798), dan juga pada awal abad ke-19 dengan karya-karya seperti "Manga hyakujo" oleh Aikawa Minwa (1814) dan Hokusai manga masyhur yang mengandungi beraneka lukisan daripada buku sketsa artis ukiyo-e terkenal bernama Hokusai.[1] Namun begitu, giga (harrafiahnya "gambar lucu"), terutamanya ChÅjÅ« Jinbutsu Giga (é³¥ç£äººç‰©æˆ¯ç”»,? literally "gambar lucu haiwan dan manusia"), yang dilukis pada abad ke-12 oelh pelbagai pelukis, banyak mengandungi sifat-sifat manga seperti penekanan pada cerita dan garis-garis yang ringkas dan penuh kesenian.

Ilustrasi kayu kayan Jepun dalam abad ke-19
Ilustrasi kayu kayan Jepun dalam abad ke-19

Manga moden berkembang dari campuran buku bercetak blok kayu dan gambar dengan gerakan seni yang asing. Apabila Amerika Syarikat mula berdagang dengan Jepun, Jepun sedang memasuki satu zaman pemodenan pesat yang diiringi globalisasi. Maka, rakyat negara Jepun mengimport artis asing untuk mengajar murid-muridnya benda-benda seperti garis, rupa dan warna, iaitu elemen-elemen yang tidak pernah ditakan dalam ukiyo-e kerana idea di sebalik gambar biasanya dianggap lebih penting[perlu petikan]. Manga pada zaman itu dikenali sebagai Ponchi-e (Punch-picture) dan, sepertilah majalah British Punch yang selaras dengannya, kebanyakannya menggambarkan humor dan sindiran politik dalam format pendek, bergambar satu atau empat.

Ketika lewat zaman Meiji hingga sebelum Perang Dunia Kedua, mangaka terkenal termasuk Rakuten Kitazawa dan Ippei Okamoto. Rakuten Kitazawa pernah berlatih di bawah ajaran Frank A. Nankivell, seorang artis Australia, dan bekerjasama dengan Jiji Shimpo setelah diperkenalkan kepadanya oleh Yukichi Fukuzawa. Selepas itu, Rakuten menerbit karya-karya masyhur seperti Tagosaku to MokubÄ“ no TÅkyÅ-Kenbutsu (ç”°å¾ä½œã¨æ¢å…µè¡›ã®æ±äº¬è¦‹ç‰©,? "Tagosaku dan Mokube Melawat Sekitar Tokyo") (1902) dan Haikara KidorÅ no Sippai (ç°æ®»æœ¨æˆ¸éƒŽã®å¤±æ•—,? "Kegagalan Kidoro Haikara") (1902). Ippei Okamoto ialah pengasas Nippon Mangakai, persatuan kartunis paling sulung di Jepun. Karya manga manbunnya, seperti Hito no IsshÅ (人ã®ä¸€ç”Ÿ,? "Hidup satu orang") (1921), menjadi pengaruh utama terhadap mangaka zaman sekarang dan menjadi prototaip bagi manga fiksyen pada zaman seterusnya.[2]

[sunting] Format manga

Manga dibaca bermula dari kanan ke kiri.

[sunting] Pengaruh antarabangsa

[sunting] Di Amerika Utara

Manga terbukti menjadi industri yang pesat membangun di Amerika, mencapai nilai pasaran sejumlah $180 juta pada 2005.[3] Tambahan pula, sebagai bukti kukuh pengaruhnya, sekurangnya 40 akhbar bersindiket telah menambah manga pada sudut komik mereka.[3] Manga juga menimbulkan minat kaum wanita untuk membaca komik. Di Amerika Syarikat di mana pembacaan komik didominasi lelaki, perempuan merangkumi 60% daripada bilangan pembaca manga.[3]

Manga juga telah mempengaruhi gaya pelukisan komik yang ditampilkan oleh muka-muka baru dalam arena penghasilan karya komik di Amerika.

[sunting] Di Malaysia

Manga telah wujud di Malaysia sejak zaman Doraemon. Sekarang, terdapat beberapa penerbit yang ditanggungjawabkan untuk menerbit komik yang diterjemah ke Bahasa Melayu atau Cina, seperti Tora Aman dan Comics House. Manga juga diterbit dalam majalah seperti Kreko dan Arena.

Manga dalam bahasa Inggeris juga didapati tetapi terhad kepada kedai-kedai buku tertentu sahaja.

Dewasa ini, kehadiran manga didapati mempengaruhi karya-karya komik tempatan seperti yang terdapat dalam majalah Gempak dan Starz.

[sunting] Jenis manga

[sunting] Siri manga yang popular di Malaysia

Untuk membaca manga, anda boleh membeli Majalah Komik Kreko, Arena, dan Umbra yang dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan (terdapat pelbagai judul manga popular. Sama dengan Shonen Jump).

[sunting] Nota dan rujukan

  1. ↑ Adam L. Kern, Manga from the Floating World, ISBN 0-674-02266-1
  2. ↑ Isao Shimizu "Zusetsu Manga no Rekishi" ISBN 4-309-72611-9
  3. ↑ 3.0 3.1 3.2 Masters, "America Is Drawn To Manga"

[sunting] Lihat juga

Wikimedia Commons mempunyai media berkenaan:


wymiana linkami system wymiany linków SEO Tools tanie kredyty gotówkowe kreatyna Plaza 3 star hotel Los Angeles krynica noclegi Sejm Tyk