AlatanBahasa lain
|
LaTeXLaTeX ialah bahasa markap dokumen dan sistem penyediaan dokumen untuk atur cara set taip TeX. Namanya ditulis sebagai LaTeX kini digunakan secara meluas oleh ahli-ahli matematik, sains, falsafah, jurutera, sarjana dalam dunia akademik dan perdagangan, serta juga oleh ahli-ahli profesional yang lain.[1] Sebagai format primer atau perantaraan (misalnya untuk menterjemahkan DocBook dan format-format berasaskan XML yang lain kepada PDF), LaTeX digunakan kerana mutu set taipnya yang boleh dicapai oleh TeX. Sistem set taip ini menawarkan ciri-ciri penerbitan meja boleh atur cara serta banyak kemudahan untuk mengautomatikkan kebanyakan aspek set taip dan penerbitan meja, termasuk penomboran dan rujukan silang, jadual dan angka, bentangan halaman, serta bibliografi. LaTeX bertujuan untuk membekalkan bahasa peringkat tinggi yang dapat mempergunakan kuasa TeX. Ia pada dasarnya terdiri daripada sebuah himpunan makro TeX dan sebuah atur cara untuk memproses dokumen-dokumen LaTeX. Oleh sebab perintah-perintah penformatan TeX adalah amat rendah peringkatnya, LaTeX adalah jauh lebih mudah untuk digunakan oleh para pengguna akhir. LaTeX pada asalnya ditulis oleh Leslie Lamport pada dekad 1980-an di SRI Antarabangsa.[2] Ia telah menjadi kaedah yang terutama untuk menggunakan TeX — tidak banyak orang masih menulis dalam TeX biasa. Versi terkini ialah LaTeX2e (styled LaTeX, sebagaimana dengan TeX, ialah perisian bebas. [sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
|