Alatan |
Khairy JamaluddinKhairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Rembau. Beliau juga merupakan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah berkahwin dengan Nori Abdullah.
[sunting] BiodataKhairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwait. Beliau merupakan satu-satunya anak bagi seorang bekas diplomat Dato' Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid. Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau. [sunting] Kontroversi dan kritikan[sunting] Mencabar debat dengan Ketua Pembangkang ParlimenPada bulan September 2005, Khairy mencabar Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya dalam Parlimen. Walau bagaimanapun, Lim memberitahunya agar tidak mengajak seorang Ahli Parlimen untuk berdebat dalam Parlimen kecuali menjawat jawatan Ahli Parlimen juga. Khairy kemudiannya membidas kenyataan Lim yang menyatakan dia meyuruh Lim berdebat dalam Parlimen dan bukannya berdebat bersamanya dalam Parlimen. Pada tahun 2006, Khairy menggambarkan Lim Kit Siang sebagai ahli Parlimen yang terkebelakang. [1] [sunting] ECM LibraKetika akhir tahun 2005, beliau juga terlibat dalam penggabungan kontroversi ECM Libra Capital Bhd dengan Avenue Capital Resources Bhd yang merupakan aset kerajaan, menyebabkan kelahiran syarikat ECM Libra Avenue Bhd. Dalam Disember 2005, beliau membenarkan pinjaman oleh bebrapa pemegang saham ECM Libra Avenue Bhd. Untuk membeli satu peratus saham syarikat pada harga 71 sen bagi setiap saham.[1] Satu jawatankuasa audit awam yang dipimpin oleh Shahrir Abdul Samad menyiasat tentang wujudnya perbuatan salah dalam penggabungan itu. Pada 10 Ogos, jawatankuasa itu menyatakan penggabungan itu adalah menurut prosedur.[2] Pada 11 Ogos, Shahrir Abdul Samad berkata "Pada prinsipnya, ini adalah konflik dalaman dalam kerajaan."[3] Pada 12 Ogos 2006, Khairy Jamaluddin menjual semua pengangannya dalam syarikat itu pada harga 65 sen sesaham.[4] [sunting] Tuduhan amalan nepotismePada tahun 2006, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy dikritik hebat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, yang menyatakan segala tindak-tanduk Khairy dikawal oleh Abdullah secara langsung. Namun kedua-duanya menafikan tuduhan Mahathir. Khairy menanggap dirinya sebagai “mangsa keadaan”, tetapi mendesak bahawa apa yang menyebabkan kemarahan Dr. Mahathir adalah disebabkan kelemahan Perdana Menteri dan kabinetnya. [5] Khairy juga menyatakan beliau mahu menjadi Perdana Menteri sebelum berumur 40. Beliau sebelumnya menjadi pembantu kepada kerajaan Abdullah namun menafikannya dalam beberapa kenyataan."[6] [sunting] Tuduhan hubungan dengan pelakon Maya KarinPada Ogos 2006, media arus perdana menuduh Khairy telah mengambil pelakon popular Malaysia, Maya Karin sebagai isteri kedua beliau. Namun, kedua-duanya menafikan kenyataan media ini.[7] [sunting] Diskriminasi kaumDalam jangkamasa yang singkat, Khairy kemudiannya membuat kontroversi lagi dengan menyatakan Komuniti Cina di Malaysia akan mengambil untung ke atas kaum Melayu jika UMNO lemah.[8] Ini mengakibatkan kemarahan bukan sahaja kepada komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan, tetapi beberapa pemimpin tertinggi UMNO. Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dikritik kerana kelemahan membangunkan semula kawasan Balik Pulau yang terlibat dalam bencana tsunami. Perdana Menteri mempertahankan Khairy, mengatakan media telah salah tafsir beliau. Khairy enggan meminta maaf, dengan menyatakan pendapatnya adalah betul dan penting terhadap kepentingan Islam dan orang Melayu. [9] Sementara itu, terdapat reaksi yang kuat terhadap pendapat beliau [petikan diperlukan], kebanyakkan penganalisis politik seperti Raja Petra Kamarudin percaya Khairy cuba untuk mengalihkan pandangan media tentang skandal ECM-Libra. Dato' Seri Lim Keng Yaik, bekas presiden Gerakan menganggap Khairy seorang ahli politik yang tidak berkualiti yang cuba untuk menaiki tangga politik Malaysia. Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat dari PAS menganggap ini merupakan strategi UMNO untuk menimbulkan sentimen takut terhadap Melayu supaya Melayu sentiasa menyokong UMNO biarpun dalam pentadbiran kerajaan yang dianggap olehnya sebagai korup. [sunting] Sokongan terhadap lumba haramSatu lagi kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Khairy ialah cubaan gagal beliau serta Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menukar gelaran Mat Rempit sebagai "Mat Cemerlang"[10]. Mat Rempit ialah gelaran kepada pelumba haram yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu serta menggunakan motosikal yang diubahsuai untuk memenangi dadah, bohsia dan wang di dalam perlumbaan haram. Cadangan Khairy agar Mat Rempit "menjadi 'mata' dan 'telinga' pihak polis" telah mencetuskan kemarahan di kalangan mangsa Mat Rempit yang kenderaan mereka pernah dirempuh oleh Mat Rempit serta di kalangan bekas Mat Rempit sendiri. [sunting] BlogKhairy Jamaluddin pernah mengkritik kuat blogger yang menyebarkan fitnah, dan menggelar golongan yang mengamalkan hukum rimba ini sebagai beruk. [11]
Menjelangnya Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, dia turut menubuhkan blognya dan menyertai komuniti penulis blog. Walau bagaimanapun, blognya dikritik oleh penulis blog lain kerana tidak membenarkan pemberian komen oleh pembaca yang mana dianggap dia enggan menerima pandangan orang lain. [sunting] Isu berukDalam Perhimpunan Pemuda UMNO 2007, Khairy Jamaluddin menggelar peserta Perhimpunan Bersih sebagai beruk. Ekoran perkara ini, ahli Parlimen Puchong Gobind Singh telah mencabar Khairy Jamaluddin untuk memohon maaf bagi kenyataan yang dibuatnya. Namun, Khairy Jamaluddin enggan menjawab apabila diminta komennya terhadap cabaran itu ketika ditemui di luar dewan Parlimen pada 5 Mei 2008. [sunting] Projek Khinzir Raksasa dan Projek Babi NegaraPada 12 Mei 2008, Khairy Jamaluddin telah menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat dengan menyamakan PKR dengan Projek Khinzir Raksasa dan dengan memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen lain mencelah untuk memohon penjelasan. Apabila Partai BN disamakan dengan Projek Babi Negara, Khairy Jamaluddin pula meminta Pembangkang menarik balik padahal dia memulakan sandiwara tersebut. [2] [sunting] Pembabitan dalam bola sepakMinat beliau dalam pembangunan bola sepak mendorong beliau bersama-sama Jason Lo dan Shebby Singh menubuhkan MyTeam di mana beliau menjadi pengerusinya. Beliau juga adalah Bendahari Kehormat Perak FA untuk musim 2006 - 2008.[3] Pada bulan Oktober 2007, beliau dipilih menjadi Naib Presiden FAM. [sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
|