AlatanBahasa lain
|
BudayaSecara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
[sunting] Ciri-ciri Budaya
[sunting] KEBUDAYAANKONSEP KEBUDAYAAN Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
"...kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."
Keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
- Prof. Koentjraningrat --> Buddhi + dayah = budi dan akal --> "...keseluruhan dan hasil kelakuan manusia yang teratur oleh tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar..."
> Kultur --> tani atau mengerjakan tanah
Budaya: daya dari budi yang berupa cipta dan rasa Kebudayaan keseluruhannya: segala hasil daripada cipta dan rasa
Pengertian Umum: Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
Kebudayaan membawa pengertian segala hasil idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat. Termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.
[sunting] Perkembangan Kebudayaan
[sunting] Perubahan Budaya(Hirschman)
[sunting] Kebudayaan Kebangsaan Malaysia1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau Asia Tenggara 2. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima 3. Islam menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
"Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971"
|