AlatanBahasa lain
|
JavaJava ialah sebuah bahasa pengaturcaraan pengaturcaraan berorientasi objek yang dibangunkan oleh James Gosling dan rakan-rakan sekerjanya di Sun Microsystems pada awal 1990-an. Tidak seperti kebiasaan bahasa pengaturcaraan lain yang direka bentuk untuk dikompil kepada kod mesin ataupun diterjemah terus dari kod sumber semasa masa jalanan, Java dikhaskan untuk dikompil kepada kod bait (ia boleh juga dikompil kepada kod mesin menggunakan gcj), yang mana ia akan dilaksanakan (biasanya menggunakan kompilasi JIT (just in time)) oleh Mesin Maya Java (JVM). Bahasa pengaturcaraan Java banyak meminjam sintaks daripada C dan C++ tetapi mempunyai model objek yang mudah dan kurangnya fasiliti aras-rendah. Java sebenarnya tiada kaitan dengan JavaScript walaupun kedua-duanya mempunyai nama yang sama dan berkongsi sintaks yang seakan-akan C.
[sunting] Contoh Indahnya Dunia// Indah.java public class Indah { public static void main(String[] args) { System.out.println("Indahnya Dunia!"); } } [sunting] Ciri-ciri Java
[sunting] Perisian Pembangunan JavaPenghasilan perisian menggunakan bahasa Java bole dilakukan dengan berbantukan perisian persekitaran pembangunan java (Java IDE). Salah satu perisian populer tersebut ialah Netbean dan ianya percuma. Perisian ini bukan sahaja memperbolehkan kita melakukan kerja-kerja pengaturcaraan biasa, malah program ini juga menyokong konsep pembangunan perisian mengunakan kaedah terkini seperti menggunakan UML. Melalui kaedah UML, pembangun perisian cuma perlu merekacipta model dan kod java dijana oleh perisian. Kitar pembangunan perisian menjadi sangat pantas. [sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
|