Kotak alatanBahasa lain
|
Gempa bumi Sichuan 2008
Gempa bumi Sichuan 2008 (bahasa Cina: 四川大地震), pada magnitud 8.0 Ms/ 7.9 Mw, berlaku pada jam 14:28:01.42 CST (06:28:01.42 UTC) pada 12 Mei 2008 di wilayah Sichuan, China. Di China, bencana ini dipanggil gempa bumi Wenchuan (bahasa Cina: 汶川大地震), sempena pusat gempa di Kaunti Wenchuan di wilayah Sichuan. Pusat gempa terletak Templat:Convert/km di barat-barat laut Chengdu, ibu wilayah Sichuan, dengan kedalaman Templat:Convert/km.[1] Gempa bumi ini terasa hingga ke tempat sejauh Beijing (1,500 km jauhnya) dan Shanghai (1,700 km jauhnya), sehingga bangunan pejabat pun tergoyang akibat gegaran.[4] Gempa bumi ini juga terasa di beberapa negara jiran berhampiran. Perangkaan rasmi (pada 8 Jun, 12:00 CST) menyatakan 69,136 orang disahkan terkorban, termasuk 68,620 di wilayah Sichuan, sementara 374,061 orang lagi terselamat dengan kecederaan, dan 17,686 orang lagi tersenarai hilang.[3] Gempa bumi ini juga menyebabkan 4.8 juta orang kehilangan tempat tinggal,[5] though the number could be as high as 11 million.[6] Bencana gempa bumi ini adalah paling dahsyat dan kuat yang pernah melanda China sejak gempa bumi Tangshan 1976 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 240,000 nyawa. Kira-kira 15 juta orang tinggal di kawasan yang terjejas. Majlis Negara mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari untuk memperingati mangsa gempa bumi mulai 19 Mei 2008; Bendera Kebangsaan China dan Bendera-bendera Kawasan Hong Kong SAR dan Macau SAR dikibarkan separuh tiang. Pada jam 14:28 CST , 19 Mei 2008, seminggu selepas berlakunya musibah ini, orang awam China bertakafur sebagai tanda berkabung; kenderaan, kapal, kereta api, dan penggera pertahanan udara berbunyi, diikuti saat kesunyian selama tiga minit. [7][8][9] Jawatankuasa Penganjuran Ningbo larian obor Olimpik Beijing mengumumkan bahawa larian berkenaan digantung selama tiga hari ini.[10]
[sunting] Butiran gempaGempa bumi ini bermagnitud 8.0 Ms, menurut Biro Seismologi Negeri China dan 7.9 Mw menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.[2][1] Pusat gempa terletak di Kaunti Wenchuan, Ngawa, 80 km barat/barat laut Chengdu, melepaskan gegaran terkuat pada 14:28:01.42 CST (06:28:01.42 UTC), pada hari Isnin 12 Mei 2008. 52 gempa susulan besar yang bermagnitud antara 4.4 dan 6.0, dicatat dalam jangka masa 72 jam gempa terbesar.[11] Contoh pemecahan terawal gempa bumi menunjukkan sesaran tidak melebihi 9 meter sepanjang gelinciran berukuran kira-kira 240 km panjangnya dan 20 km dalamnya.[12] Gempa bumi ini menghasilkan pencacatan permukaan melebihi 3 meter[13] dan menambahkan tekanan (dan kebarangkalian terjadinya peristiwa akan datang) di tepi timur laut dan barat daya gelicniran.[13] Pada 20 Mei, ahli seismologi USGS bernama Tom Parsons mengeluarkan amaran "risiko tinggi" gempa susulan besar M>7 sepanjang minggu-minggu atau bulan-bulan berikutnya.[14] Parsons memberitahu akhbar New York Times bahawa risiko gempa susulan besar "semakin tinggi". Ahli seismologi Jepun bernama Yuji Yagi menyatakan bahawa gempa bumi berlaku dalam dua peringkat: "Sesar Longmenshan berukuran 155 batu mengoyak dalam dua bahagian, yang pertama meluru mengoyak kira-kira tujuh ela, diikuti satu lagi yang menyesar empat ela."[15] Data Yagi juga menunjukkan bahawa gempa bumi ini terjadi selama kira-kira dua minit dan menghasilkan 30 kali ganda kuasa Gempa bumi Hanshin Besar yang berlaku di Jepun pada tahun 1995, yang meragut sebanyak 6,000 nyawa. Beliau menunjukkan bahawa kecetekan pusat gempa dan ketumpatan penduduk banyak menambah keterukan gempa. Teruyuki Kato, seorang ahli seismologi di Universiti Tokyo, menyatakan bahawa gelombang seismos gempa ini melalui jarak panjang tanpa kehilangan kuasa kerana kekukuhan daratan di kawasan tengah China. Menurut laporan dari Chengdu, ibu wilayah Sichuan, gegaran gempa berlaku selama "kira-kira dua tiga minit".[16] [sunting] Capaian gegaranKawasan disusun mengikut jarak dari pusat gempa (atau waktu gegaran dirasa):
[sunting] Kematian
[sunting] Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkenaan:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| kreatyna kreatyna www.activebody.pl | Gry Online Gry Online www.pozycjonarka.in… | Plaza 3 star hotel Los Angeles www.triptake.com | krynica noclegi krynica noclegi,ośrodek, wypoczynk… gornik.com.pl | Kredyty odnawialne Kredyty odnawialne www.eskarbiec.pl |