Alatan |
Fiksyen peminatFiksyen peminat (bahasa Inggeris: fan fiction atau fanfiction; singkatan fanfic, FF atau fic) ialah istilah pengertian umum bagi hasil fiksyen mengenai watak-watak atau latar-latar yang dikarang oleh para peminat sesuatu karya asal, dan bukannya pengkarya asalnya. Fiksyen peminat lazimnya menghuraikan hasil kerja yang tidak menerima izin pengkarya asalnya, dan biasanya (tetapi bukan selalunya) tidak diterbit secara profesional. Fiksyen peminat diertikan berlawanan dengan fiksyen asli yang wujud di dalam alam diskret tersendiri, serta berlawan dengan hasil daftar karya dalam lingkungan alam tersebut. Kebanyakan pengarang fiksyen peminat menganggap bahawa pembacanya berpengetahuan mengenai alam dalam dafter karya yang dijadikan asas kepada hasil kerja mereka. Sebelum sekitar tahun 1965, istilah fiksyen peminat digunakan dalam fandom sains fiksyen untuk menandakan asli kerja-kerja sains fiksyen amatur yang diterbit dalam fanzine sains fiksyen, berbanding dengan fiksyen yang diterbit secara profesional, namun penggunaan istilah bagi erti sebegini kini tidak digunakan lagi; definasi-definasi terkini istilah ini mengecualikan fiksyen asli dari genre berkenaan dan tidak semestinya mengecualikan sumbangan profesional. Bahan-bahan yang mana pengarangnya cuma secara sedar-sedar meniru gaya, suara, dan/atau subjek karya orang lain, biasanya dipanggil pastis dan secara amnya dianggap sebagai genre yang berasingan daripada fiksyen peminat, meskipun ada karya yang sebenarnya merupakan kedua-dua karya pastis dan fiksyen peminat. Filem-filem tidak sah yang merupakan kerja terbitan secara amnya dipanggil filem peminat (fan film), manakala komik buatan peminat pula biasanya disebut "komik peminat" (fan comics) atau (di Jepun) doujinshi; amnya, setiap satunya dianggap sebagai kategori yang berbeza daripada "fiksyen peminat" yang sering dianggap sebagai berbentuk sastera. [sunting] Bacaan lanjut
[sunting] Pautan luar
|
| kreatyna kreatyna www.activebody.pl | Gry Online Gry Online www.pozycjonarka.in… | Plaza 3 star hotel Los Angeles www.triptake.com | krynica noclegi krynica noclegi,oÅ›rodek, wypoczynk… gornik.com.pl | Kredyty odnawialne Kredyty odnawialne www.eskarbiec.pl |