AlatanBahasa lain
|
FarmakologiFarmakologi ialah kajian mengenai bahan mengubat (ubat) yang dipanggil farmaseutikal. Bidang ini menyentuh komposisi dadah, kandungan dadah, interaksi, ketoksikan, dan kesan kesan yang diingini yang boleh digunakan dalam terapi penyakit. Dadah perubatan (iaitu ubat) memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa mengawal penggunaan dadah seperti FDA di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, kebenaran penggunaan ubat perlu diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. International Conference on Harmonisation berusaha untuk menstandardkan kebenaran penggunaan dadah perubatan di seluruh dunia. Farmaseutikal boleh disediakan dalam pelbagai jenis bentuk farmakologi. Bentuk yang paling biasa ialah pil, tablet, dan kapsul. Terdapat banyak sistem klasifikasi ubat, salah satunya ialah Sistem Klasifikasi Bahan Kimia Terapeutik Anatomi. [sunting] Kelas-kelas produk ubat[sunting] Untuk sistem pencernaan[sunting] Untuk sistem kardiovaskularnitrat, antianginal, penghalang saluran kalsium, diuretik, antikogulant, drug antiplatlet, statin [sunting] Untuk sistem saraf pusatgaram litium, anti emitik, peransang (termasuk amfetamina), antihistamin, antagonis dopamin, anestettik, antidepresan, hipnotik [sunting] Untuk sakit dan kesedarananalgesik, NSAID, analgesik opioid, dadah rawatan migrain, anestetik umum, sedatif [sunting] Untuk sakit otot dan tulang[sunting] Untuk mataNSAID, miotik, astrigen, antibiotik topikal, antijangkitan [sunting] Untuk telinga, hidung dan oropharynxNSAID, steroid, antiseptik, antihistamin, antifungus [sunting] Untuk sistem pernafasanNSAID, anti alergi, steroid, antagonis reseptor beta, [sunting] Untuk masalah endokrinandrogen, antiandrogen, hormon tumbesaran, insulin, antidiabetik, hormon tiroid, [sunting] Untuk sistem pembiakan dan sistem kencingantifungus, antibiotik, agen alkali [sunting] Untuk kulitantifungus, pelindung kulit (sunscreen), antipeluh (antiperspirant), hormon [sunting] Lihat juga |