Bahasa lain

Berlin

Berlin
Pertengahan Berlin pada waktu malam
Pertengahan Berlin pada waktu malam
Flag of Berlin
Flag
Official seal of Berlin
Seal
Koordinat: ERROR in {{coord}} invocation. Please see Template:Coord for usage. Arguments supplied as:
  • 1=52
  • 2=31
  • 3=12
  • 4=U
  • 5=13
  • 6=24
  • 7=36
  • 8=T
  • 9=type:city
Negara Bendera Jerman Jerman
Mukim 12
Kerajaan
 - Datuk bandar Klaus Wowereit
Kawasan
 - City 344.3 sq mi (891.82 km²)
Kepadatan (11/2006)
 - City 3,396,990
 - Kaw. perbandaran 3,700,000
 - Metro 5,955,532
Zon masa CET (UTC+1)
 - Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod kawasan 30
Laman web: berlin.de

Berlin ialah ibu negara Jerman yang merupakan bandar raya terbesar di negara itu dari segi keluasan dan jumlah penduduk, serta bandar raya yang kedua terbesar dan yang terpadat di Kesatuan Eropah.

Kini, Berlin merupakan salah satu daripada pusat-pusat politik, budaya, dan sains Eropah yang terpengaruh. [1][2] Bandar raya ini bertindak sebagai persimpangan yang penting dalam pengangkutan negara dan benua, dan merupakan destinasi pelancongan dan membeli-belah yang utama serta dikenali untuk berbagai-bagai tempat konvensyen dan saluran keluar media. [3][4][5] Berlin ialah tempat asal untuk sebilangan universiti, pusat pendidikan penyelidikan, teater, dan muzium yang terutama di dunia. [6]

Metropolis ini yang berubah dengan begitu pesat kini telah mencapai reputasi antarabangsa untuk perayaan, hiburan malam, seni bina semasa dan seni-seni avant-garde. [7][8] Sebagai tempat tinggal untuk pelbagai orang daripada melebihi 180 buah negara, Berlin ialah magnet untuk orang-orang yang tertarik kepada gaya hidup yang liberal, eklektisisme bandar, dan kebebasan kesenian. [9] [10]

Didokumenkan buat pertama kali pada abad ke-13, Berlin merupakan ibu kota Kemaharajaan Prusia pada tahun 1701, Empayar Jerman pada tahun 1871, dan terus memainkan peranan sebagai ibu kota semasa Republik Weimar serta Pemerintahan Ketiga sehingga 1945. Pada masa pembahagian, Republik Demokratik Jerman menuntut Berlin Timur sebagai ibu negaranya, sedangkan Berlin Barat merupakan pulau demokrasi yang dikelilingi oleh Jerman Timur. Menyusul Penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, Berlin sekali lagi menjadi ibu negara Jerman.


Senarai kandungan

[sunting] Geografi

[sunting] Kedudukan

Berlin terletak di Jerman timur, kira-kira 70 kilometers (40 batu) ke barat sempadan dengan Poland. Rekabentuk Berlin telah dibentukkan oleh kepingan ais semasa [[zaman ais]. Pusat bandaraya terletak di sepanjang sungai Spree di dalam Berlin-Warsaw Urstromtal (lembah sungai purba), dibentuk oleh air yang mengalir dari kepingan-kepingan ais yang mencair pada hujung zaman ais. Urstromtal terletak di antara dataran rendah Barnim ke utara, dan dataran Teltow ke selatan. Dalam Spandau, borough Berlin paling barat , Sungai Spree akan bertemu dengan sungai Havel, yang mengalir dari utara dari selatan menerusi Berlin barat. Arah Havel lebih kepada rantarian tasik-tasik, yang paling besar adalah Tegeler See dan Großer Wannsee. Satu siri tasik juga memberi laluan kepada Spree utara, yang mengalir menerusi Großer Müggelsee di Berlin timur.


[sunting] Rujukan

  1. New York Times – dicapai pada 19 Jun 2006
  2. Innovationsindex für die Regionen der Europäischen Union (Jerman) – dicapai pada 19 Jun 2006
  3. Berlin Tourismus Marketing GmbH – dicapai pada 19 Jun 2006
  4. Persatuan Kongress & Konvensyen Antarabangsa – dicapai pada 19 Jun 2006
  5. GaWC Buletin Penyelidikan 146 – dicapai pada 19 Jun 2006
  6. Tapak-tapai Warisan Dunia UNESCO – dicapai pada 19 Jun 2006
  7. New York Times – dicapai pada 19 Jun 2006
  8. New York Times – dicapai pada 19 Jun 2006
  9. International Herald Tribune – dicapai pada 19 Jun 2006
  10. EuroViews – dicapai pada 19 Jun 2006

[sunting] Bibliografi

  • Gross, Leonard, The Last Jews in Berlin (Orang-orang Yahudi Terakhir di Berlin). Penerbitan Carroll & Graf, 1999. ISBN 0786706872
  • Tertius Chandler, Four Thousand Years of Urban Growth: An Historical Census (Empat Ribu Tahun Pertumbuhan Bandar: Banci Sejarah). Edwin Mellen Pr, 1987. ISBN 0889462070
  • Ribbe, Wolfgang, Geschichte Berlins. Bwv - Berliner Wissenschafts-Verlag, 2002. ISBN 3830501668
  • Gwertzman, M. Kaufman, The Collapse of Communism (Kejatuhan Komunisme), 1990.
  • Read, Anthony, dan David Fisher, Berlin Rising: Biography of a City (Kebangkitan Berlin: Biografi Bandar Raya). New York: W.W. Norton, 1994. ISBN 0393036065
  • Large, David Clay, Berlin. New York: Basic Books, 2001. ISBN 046502632X

[sunting] Pautan luar

Carilah maklumat lanjut di Berlin
melalui projek-projek kembar Wikipedia:

  Takrif kamus dari Wiktionary
  Buku teks dari Wikibooks
  Petikan dari Wikiquote
  Teks sumber dari Wikisource
  Imej dan media dari Commons
  Berita dari Wikinews






Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.

Templat:Boroughs of Berlin

Templat:Germany states


Bandar tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas

1896: Athens • 1900: Paris • 1904: St. Louis • 1908: London • 1912: Stockholm • 1920: Antwerp • 1924: Paris • 1928: Amsterdam • 1932: Los Angeles • 1936: Berlin • 1948: London • 1952: Helsinki • 1956: Melbourne • 1960: Rom • 1964: Tokyo • 1968: Bandar Mexico • 1972: Munich • 1976: Montreal • 1980: Moscow • 1984: Los Angeles • 1988: Seoul • 1992: Barcelona • 1996: Atlanta • 2000: Sydney • 2004: Athens • 2008: Beijing • 2012: London



wymiana linkami system wymiany linków SEO Tools SEO Tools tanie kredyty gotówkowe kreatyna Plaza 3 star hotel Los Angeles krynica noclegi Sejm Tyk