AlatanBahasa lain |
Batavia Air
Batavia Air (PT. Metro Batavia) adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Ia mengendali perkhidmatan penerbangan dalam negeri ke 30 destinasi dan juga ke luar negara seperti China, Amiriah Arab Bersatu dan Malaysia. Batavia Air berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta[1].
[sunting] Kod penerbangan[sunting] SejarahBatavia Air ditubuhkan pada 2002 dan memulakan operasinya pada Januari 2002. Ia pada asalnya dikenali sebagai Metro Batavia dan mula menggunakan kapal terbang Fokker F27 yang disewa dari Sempati Air. Penerbangan pertama yang dilancarkan adalah dari Jakarta ke Pontianak pada Januari 2002. Pada Mac 2007, Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran kepada 7 syarikat penerbangan tempatan yang ia akan menarik balik lesen syarikat-syarikat tersebut kecuali jika mereka memperbaiki prosedur-prosedur dalaman bagi meningkatkan keselamatan di udara. Syarikat-syarikat ini diberi tempoh 3 bulan untuk melaksanakan apa yang ditetapkan oleh kementerian. Kementerian itu juga telah menghasilkan sebuah sistem penilaian bagi menilai kadar keselamatan di udara. Syarikat penerbangan yang menduduki tangga ke-3 dianggap memiliki kapal terbang yang kurang selamat. Mereka adalah: Adam Air, Batavia Air, Jatayu Airlines, Kartika Airlines, Manunggal Air Services, Transwisata Prima Aviation dan Tri-MG Intra Asia Airlines[1]. [sunting] DestinasiBatavia Air mengenadali perkhidmatan-perkhidmatan di bawah (pada January 2005): [petikan diperlukan]
[sunting] ArmadaSehingga Mei 2007, armada Batavia Air terdiri daripada:
[sunting] Peristiwa dan kemalanganWikinews mempunyai berita berkaitan dengan:
Pada 21 November, 2007 pesawat Batavia Air 737-400 telah hilang bahagian kepaknya sebesar 40cm kali 50cm jurus selepas berlepas dari Jakarta. Kapal terbang ini berjaya melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat dan tiada penumpang yang cedera. [sunting] Pautan luar
[sunting] Rujukan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||