AlatanBahasa lain
|
Babi
Babi atau khinzir (b. Arab: خنزير khinzīr) ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermancung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.
Hukum babi dalam Agama MonoteistikBabi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145) Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:
Larangan ini juga terdapat dalam Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4: , dan Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17. Babi dalam bangsa lainDi dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama babi turut dianggap bernilai sebagai mata wang dalam sesetengah masyarakat seperti puak asli di Papua New. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, dimana Tahun Babi dimasukkan kedalam kalendar cina. Epik cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak babi yang dikenali sebagai Zhū Wùnéng.
Babi dari segi sainsBabi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai. Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru. Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling. Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak. Babi sebagai makananBeberapa contoh makanan yang mengandung babi:
Gambar babi sebagai makananBabi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatanBabi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ianya haiwan yang sangat kotor[1]. Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar[2] [3]. Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia[4]. Rujukan saintifik
|