America's Next Top Model

America's Next Top Model
Genre Televisyen realiti
Ciptaan Tyra Banks
Juri Tyra Banks
J. Alexander (5 - present)
Nigel Barker (2 - kini)
Paulina Porizkova (10 - kini)
Twiggy (5 - 9)
Janice Dickinson (1 - 4)
Kimora Lee Simmons (1)
Nolé Marin (3 - 4)
Eric Nicholson (2)
Beau Quillian (1)
Pencerita Tyra Banks
Komposer lagu tema David Thomas & Les Pierce
Negara asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bilangan musim 10
Bilangan episod 123
Penerbitan
Tempoh siaran 42 min (60 min termasuk iklan)
Penyiaran
Saluran asal UPN (2003–2006)
The CW (2006–kini)
Format gambar 480i (SDTV)
Siaran pertama 20 Mei 2003 – kini
Pautan luar
Laman rasmi
Profil IMDb
Rumusan TV.com

America's Next Top Model (sering digelar Top Model sebagai ringkasan atau ANTM) merupakan siri pertandingan realiti yang dihoskan oleh bekas peragawati Victoria's Secret Tyra Banks. Musim pertama (first "cycle") mula dipertontonkan kepada umum pada Mei 2003 dan merupakan antara program popular UPN. Pada tahun 2006, siri ini diserahkan kepada The CW dan terus mengungguli carta sebagai antara rancangan paling popular. Lagu tema yang menghiasi pembukaan setiap episod merupakan lagu yang dinyanyikan oleh Tyra Banks sendiri dan diterbitkan oleh Rodney "Darkchild" Jerkins. Tyra merupakan penerbit bersama selain Ken Mok dan Anthony Dominici.[1]

Senarai kandungan

[sunting] Format

Setiap musim America's Next Top Model mempunyai 9 hingga 13 episod dan akan dimulakan dengan 10-14 orang peserta yang terdiri daripada kalangan wanita sahaja. Kebiasaannya, seorang peserta yang lemah akan disingkirkan untuk setiap episod (terdapat juga episod yang memerlukan penyingkiran dua orang peserta per episod dan juga tiada penyingkiran) setelah diadili oleh juri tetap dan juri jemputan. Pada setiap awal musim, para peserta akan diubahsuai gaya mereka (kebiasannya akan dilakukan selepas penyingkiran pertama) oleh barisan profesional. Selain itu, pada pertengan musim, para peserta yang tinggal untuk meneruskan persaingan akan dibawa ke luar negara untuk menghabiskan episod-episod terakhir siri itu.

Setiap epidos, peserta akan menerima latihan dan pertandingan yang berkaitan dengan latihan yang diberi akan menyusul kemudia dan seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah istimewa. Untuk segmen seterusnya, para peserta akan menghadiri sesi pengambaran dan hasilnya akan dibentangkan pada akhir episod yang mana akan diadili oleh 4 orang juri. Setelah itu, penyingkiran akan berlaku.

Untuk episod terakhir setiap musim, tiga peserta akan menghadiri sesi pengambaran untuk iklan TV dan katalog barang kecantikan. Dari tiga orang peserta akhir, hanya dua yang dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi hadiah utama akan dibawa ke pusingan akhir. Dua peserta akhir itu akan menghadiri upacara peragaan pentas bersama para peragawati luar. Dari situlah, para juri akan memutuskan siapa yang akan memenangi hadiah utama selain mereka (para juri) membuat perbandingan gambar-gambar terdahulu kedua-dua peserta akhir yang diambil sepanjang musim.

[sunting] Rumusan musim

Musim Mula disiarkan Juara Naib Juara Peserta Lain (Mengikut Penyingkiran) Bilangan Peserta Destinasi Antarabangsa
Musim 1 20 Mei 2003 Adrianne Curry Shannon Stewart Tessa Carlson, Katie Cleary, Nicole Panattoni, Ebony Haith, Giselle Samson, Kesse Wallace, Robin Manning, Elyse Sewell 10 Paris, Perancis
Bendera Perancis
Musim 2 13 Januari 2004 Yoanna House Mercedes Scelba-Shorte Anna Bradfield, Bethany Harrison, Heather Blumberg, Jenascia Chakos, Xiomara Frans, Catie Anderson, Sara Racey-Tabrizi, Camille McDonald, April Wilkner, Shandi Sullivan 12 Milan, Itali
Bendera Itali
Musim 3 22 September 2004 Eva Pigford Yaya Da Costa Magdalena Rivas, Leah Darrow, Julie Titus, Kristi Grommet, Jennipher Frost, Kelle Jacob, Cassie Grisham, Toccara Jones, Nicole Borud, Norelle Van Herk, Ann Markley, Amanda Swafford 14 Tokyo, Jepun
Bendera Jepun
Musim 4 2 Mac 2005 Naima Mora Kahlen Rondot Brita Petersons, Sarah Dankelman, Brandy Rusher, Noelle Staggers, Lluvy Gomez, Rebecca Epley, Tiffany Richardson, Tatiana Dante, Michelle Deighton, Christina Murphy, Brittany Brower, Keenyah Hill 14 Cape Town, Afrika Selatan
Bendera Afrika Selatan
Musim 5 21 September, 2005 Nicole Linkletter Nik Pace Ashley Black, Ebony Taylor, Cassandra Whitehead (tarik diri), Sarah Rhoades, Diane Hernández, Coryn Woitel, Kyle Kavanagh, Lisa D'Amato, Kim Stolz, Jayla Rubinelli, Bre Scullark 13 London, United Kingdom
Flag of the United Kingdom
Musim 6 8 Mac 2006 Danielle Evans Joanie Dodds Kathy Hoxit, Wendy Wiltz, Kari Schmidt, Gina Choe, Mollie Sue Steenis-Gondi, Leslie Mancia, Brooke Staricha, Nnenna Agba, Furonda Brasfield, Sara Albert, Jade Cole 13 Bangkok, Thailand
Bendera Thailand
Musim 7 20 September 2006 CariDee English Melrose Bickerstaff Christian Evans, Megan Morris, Monique Calhoun, Megg Morales, AJ Stewart, Brooke Miller, Anchal Joseph, Jaeda Young, Michelle Babin, Amanda Babin, Eugena Washington 13 Barcelona, Sepanyol
Bendera Sepanyol
Musim 8 28 Februari 2007 Jaslene Gonzalez Natasha Galkina Kathleen DuJour, Samantha Francis, Cassandra Watson, Felicia Provost, Diana Zalewski, Sarah VonderHaar, Whitney Cunningham, Jael Strauss, Brittany Hatch, Dionne Walters, Renee Alway 13 Sydney, Australia
Bendera Australia
Musim 9 19 September 2007 Saleisha Stowers Chantal Jones Mila Bouzinova, Kimberly Leemans, Victoria Marshman, Janet Mills, Ebony Morgan (tarik diri), Sarah Hartshorne, Ambreal Williams, Lisa Jackson, Heather Kuzmich, Bianca Golden, Jenah Doucette 13 Shanghai & Beijing, China
Flag of the People's Republic of China
Musim 10 20 Februari, 2008 Whitney Thompson Anya Kop Kimberly Rydzewski (tarik diri), Atalya Slater, Allison Kuehn, Amis Jenkins, Marvita Washington, Aimee Wright, Claire Unabia, Stacy Ann Fequiere, Lauren Utter, Katarzyna Dolinksa, Dominique Reighard, Fatima Siad 14 Rom, Itali
Bendera Itali
Musim 11 19 September,2008 TBA TBA TBA TBA TBA


[sunting] Para Peserta

[sunting] Pemenang: Statistik

  • Pemenang paling berusia: Yoanna House (Musim 2), 23 tahun
  • Pemenang paling muda: Nicole Linkletter (Musim 5), 19 tahun
  • Pemenang paling tinggi: Yoanna House (Musim 2), Danielle Evans (Musim 6) & CariDee English (Musim 7), kesemuanya 5'11" (180 cm)
  • Pemenang paling pendek: Eva Pigford (Musim 3), 5'6.5" (168 cm)
  • Pemenang paling berat: Whitney Thompson (Musim 10), 159 Ib (72 kg)
  • Pemenang paling ringan: Jaslene Gonzalez (Musim 8), 110 lb (50 kg)
  • Paling kerap memenangi cabaran secara berturut-turut: Naima Mora (Musim 4) & Saleisha Stowers (Musim 9), kedua-duanya 2 kali
  • Paling banyak memenangi cabaran: Naima Mora (Musim 4), 4 kali
  • Paling kerap memperoleh panggilan pertama secara berturut-turut: Eva Pigford (Musim 3) & Jaslene Gonzalez (Musim 8), kedua-duanya 2 kali
  • Paling banyak memperoleh panggilan pertama: Jaslene Gonzalez (Musim 8), 4 kali
  • Paling kurang memperolah panggilan pertama: Adrianne Curry (Musim 1), Yoanna House (Musim 2), Nicole Linkletter (Musim 5), Danielle Evans (Musim 6) & Whitney Thompson (Musim 10), kesemuanya 1 kali
  • Paling kerap berada di kedudukan dua terbawah secara berturut-turut: Eva Pigford (Musim 3), Danielle Evans (Musim 6) & Whitney Thompson (Musim 10), kesemuanya 2 kali
  • Paling banyak berada di kedudukan dua terbawah: Whitney Thompson (Musim 10), 4 times
  • Tidak pernah berada di kedudukan dua terbawah: Jaslene Gonzalez (Musim 8)
  • Paling kurang memenangi cabaran: Nicole Linkletter (Musim 5) & Danielle Evans (Musim 6), kedua-duanya 0 kali
  • Paling kerap memenangi CoverGirl of the Week secara berturut-turut: Naima Mora (Musim 4), 10 kali
  • Paling banyak memenangi CoverGirl of the Week: Naima Mora (Musim 4), 10 kali
  • Paling kurang memenangi CoverGirl of the Week: Nicole Linkletter (Musim 5) & Saleisha Stowers (Musim 9), kedua-duanya 0 kali

[sunting] Kesemua Peserta: Statistik

  • Jumlah peserta: 129
  • Peserta paling berusia: Robin Manning (Musim 1) & Jade Cole (Musim 6), kedua-duanya 26 tahun pada waktu penggambaran
  • Peserta paling muda 18 contestants adalah 18 tahun — umur minimum untuk rancangan ini — sewaktu penggambaran
  • Negeri yang paling kerap diwakili: California, 21 peserta
  • Peserta paling tinggi: Lisa Jackson (Musim 9), 6'1.5" (186 cm)
  • Peserta paling pendek: Eva Pigford (Musim 3), 5'6.5" (168 cm)
  • Peserta paling berat: Diana Zalewski (Musim 8), 198 lb (90 kg)
  • Peserta paling ringan: Shandi Sullivan (Musim 2), 106 lb (48 kg)
  • Paling kerap memenangi cabaran secara berturut-turut: Yaya Da Costa (Musim 3), 5 kali
  • Paling banyak memenangi cabaran: Yaya Da Costa (Musim 3), 5 kali
  • Paling banyak menduduki kedudukan dua terbawah: Ann Markley (Musim 3), Bre Scullark (Musim 5) & Jade Cole (Musim 6), kesemuanya 5 kali
  • Paling kerap menduduki kedudukan dua terbawah secara berturut-turut: Lluvy Gomez (Musim 4), Bre Scullark (Musim 5), Whitney Cunningham (Musim 8) & Jenah Doucette (Musim 9), kesemuanya 3 kali
  • Paling kerap memperoleh panggilan pertama secara berturut-turut: Joanie Dodds (Musim 6), 3 kali
  • Paling banyak memperoleh panggilan pertama: Joanie Dodds (Musim 6) & Anya Kop (Musim 10), kedua-duanya 5 kali
  • Paling kerap memenangi CoverGirl of the Week secara berturut-turut: Naima Mora (Musim4), 10 kali
  • Paling banyak memenangi CoverGirl of the Week: Naima Mora (Musim 4), 10 kali
  • Tidak pernah berada di kedudukan dua terbawah: Joanie Dodds (Musim 6), Jaslene Gonzalez (Musim 8) & Anya Kop(Musim 10)
  • Peserta yang disingkirkan secara berpasangan: Rebecca Epley & Tiffany Richardson (Musim 4)
  • Peserta yang terlibat dalam minggu tiada penyingkitan: Jayla Rubinelli & Nicole Linkletter (Musim 5)
  • Peserta yang menarik diri: Cassandra Whitehead (Musim 5), Ebony Morgan (Musim 9) & Kimberly Rydzewski (Musim 10)
  • Peserta yang disingkirkan di luar panel juri: Magdalena Rivas (Musim 3)
  • Peserta yang tidak mengambil bahagian dalam sesi penggambaran: Robin Manning & Shannon Stewart (Musim 1), Anna Bradfield (Musim 2), Monique Calhoun (Musim 7) & Fatima Siad (Musim 10)

[sunting] Versi antarabangsa

Afghanistan: Afghanistan's Next Top Model[2]

Amerika Tengah: Super Model Centroamérica — Dihoskan oleh Leonora Jimenez [1]

Aruba: Aruba Model Search[3]

Australia: Australia's Next Top Model — disiarkan menerusi FOX8 dan dua musim pertama dihoskan oleh supermodel Australia Erika Heynatz. Musim ketiga bermula pada Mac 2007 dan dihoskan oleh Jodhi Meares. Musim keempat bermula pada April 2008.

Belanda: Holland's Next Top Model — Sedang menyiarkan musim keempat; dihoskan oleh Daphne Deckers.

Belgium: Top Model Belgium 2007 — dihoskan oleh supermodel Belgium Ingrid Seynhaeve.

Caribbean: Caribbean's Next Top Model — Akan disiarkan di CaribVision.[4]

China: China's Next Top Model (CNTM閃亮模坊) — Diterbitkan oleh Shanghai Media Group's Dragon TV dan difilemkan di Shanghai. Musim pertama telah disiarkan pada Januari 2008 di Sichuan Satellite; dihoskan oleh Li Ai.

Croatia: Hrvatski Top Model — Dihoskan oleh model and pengacara Tatjana Jurić.

Denmark: Denmark's Next Top Model

Filipina Philippines’ Next Top Model — Disiarkan pada 2007; dihoskan oleh ratu cantik Ruffa Gutierrez-Bektas.

Finland: Suomen huippumalli haussa atau "Searching for Finland's Top Model" — Telah bermula pada 6 April 2008 di Nelonen. Dihoskan oleh Anne Kukkohovi.

Ghana: Top Model Ghana — Versi Afrika pertama.

Honduras: Amiga Top Model — Telah habis menyiarkan musim petama. [2]

Hungary: Hungary's Next Top Model — Telah menghabiskan musim pertama; dihoskan oleh Viktória Vámosi dan kemudiannya oleh Panni Epres.

Israil: The Models — Telah menghabiskan musim ketiga.

Itali: Italia's Next Top Mode — Musim pertama telah disiarkan pada musim luruh 2007 di SKY Vivo. [3]

Jerman: Germany's Next Topmodel — dihoskan oleh Heidi Klum.

Kanada: Canada's Next Top Model — Musim 1 telah disiarkan pada musim panas 2006. Ia telah dihoskan oleh Tricia Helfer. Musim kedua pula telah dihoskan oleh Jay Manuel, yang telah disiarkan pada 30 Mei 2007 dan berakhir pada 18 Julai.

Kazakhstan: Я красивая, or "I'm Beautiful" — Telah habis disiarkan pada Oktober 2005 di Hit TV. Rancangan ini dikaitkan dengan versi ANTM Rusia.[5]

Mexico: Mexico's Next Top Model[6]

Perancis: France's Next Top Model — Musim pertama telah disiarkan; dihoskan oleh Odille Sarron. Musim kedua telah dihoskan oleh Adriana Karembeu.

Nigeria: Nigeria's Next Top Model — Versi ANTM Afrika yang kedua, selepas Ghana. [7]

Norway: Norway's Next Top Model — sebahagian daripada Scandinavia's Next Top Model; menguruskan pertandingan versi tersendiri pada 2006 dan 2007.

Russia: Russia's Next Top Model — Disiarkan di CTC, dihoskan oleh Fyodor Bondarchuk (Федор Бондарчук) dan telah menghabiskan tiga musim.

Skandinavia: Scandinavia's Next Top Model — melibatkan peserta daripada Norway, Denmark dan Sweden. Dibawakan oleh TV3 (Viasat) dan dihoskan oleh Kathrine Sørland, Anne P, dan Mini Anden (Musim 1 & 2) dan Malin Persson (Musim 3). Telah menghabiskan tiga musim.

Slovakia: Slovakia's Next Top Supermodel or "H'lada sa Supermodelka" — Musim pertama telah disiarkan pada Januari sehingga Mach 2007.

Spain: Supermodelo— Musim pertama telah disiarkan di Channel Cuatro; Dua musim pertama, Supermodelo 2006 dan Supermodelo 2007, telah habis disiarkan.

Sweden: Sweden's Next Top Supermodel — Sebahagian daripada Scandinavia's Next Top Model; telah menghabiskan musim persendirian; dihoskan oleh Vendela Kirsebom.

Switzerland: Switzerland's Next Supermodel — Telah habis menyiarkan musim pertama; dihoskan oleh Nadja Schildknecht.

Taiwan: Taiwan Supermodel No. 1

Thailand: Thailand's Next Top Model — Telah habis menyiarkan musim pertama; dihoskan oleh Sonia Couling.

Turkey: Turkey's Next Top Model — digelar "Top Model Turkiye's", telah menghabiskan satu musin, dihoskan oleh Deniz Akkaya.

United Kingdom: Britain's Next Top Model — telah menyelesaikan tiga musim; dahulunya dihoskan oleh Lisa Butcher, tetapi sejak musim kedua, rancangan ini dihoskan oleh Lisa Snowdon. Musim keempat sedang disiarkan di LIVING TV.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan Luar



system wymiany linków SEO Tools SEO Tools kreatyna Gry Online Plaza 3 star hotel Los Angeles krynica noclegi Kredyty odnawialne