|
|
9 Januari
9 Januari merupakan hari kesembilan dalam kalendar Gregory. Tinggal 356 hari (atau 357 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 475 - Maharaja Byzantine Zeno diusir dari ibu kota Constantinople.
- 1349 - Kaum Yahudi di Basel, Switzerland, yang dipercayai membawa wabak bubonik, dihimpunkan lalu dibakar hidup-hidup.
- 1431 - Siasatan hakim bagi perbicaraan Jeanne d'Arc bermula di Rouen, Perancis, di mana duduknya kerajaan penduduk Inggeris.
- 1760 - Kaum Afghan menumpaskan kaum Maratha di Pertempuran Barari Ghat.
- 1768 - Philip Astley mempersembahkan sarkas moden yang pertama di London.
- 1788 - Connecticut menjadi negeri kelima Amerika Syarikat.
- 1793 - Jean-Pierre Blanchard menjadi orang pertama yang terbang menaiki belon udara di Amerika Syarikat.
- 1799 - Perdana Menteri Britain William Pitt memulakan sistem cukai pendapatan untuk emngumpul dana peperangan menentang Napoleon.
- 1816 - Sir Humphry Davy menguji lampu Davy bagi para pelombong di Lombong Arang Batu Hebburn.
- 1822 - Putera Portugis Pedro I menetap di Brazil meskipun dilarang titah Raja João VI, lalu melancarkan proses kemerdekaan Brazil.
- 1839 - Akademi Sains Perancis mengumumkan Daguerreotaip, satu proses fotografi yang dinamakan sempena nama perekanya, Louis Daguerre (gambar).
- 1857 - Berlakunya gempa bumi Fort Tejon di California yang mencatat magnitud kira-kira 7.9.
- 1858 - Anson Jones, Presiden terakhir Republik Texas, membunuh diri.
- 1861 - Perang Saudara Amerika: Insiden "Star of the West" berlaku berhampiran Charleston, Carolina Selatan, dianggap oleh ahli sejarah sebagai "Tembakan Pertama Perang Saudara Amerika".
- 1861 - Mississippi menjadi negeri kedua yang berpisah dari Kesatuan sebelum terletusnya Perang Saudara Amerika.
- 1878 - Humbert si Baik menjadi Raja Itali.
- 1894 - New England Telephone and Telegraph memasangkan papan suis telefon berkuasa bateri pertama di Lexington, Massachusetts.
- 1903 - Hallam Tennyson, 2nd Baron Tennyson, anak kepada penyajak masyhur Alfred Tennyson, menjadi Gabenor Jeneral kedua Australia.
- 1905 - Menurut takwim Julius yang dipakai ketika itu, golongan buruh Rusia yang mengadakan perarakan di Istana Musim Sejuk dibunuh beramai-ramai oleh askar Tsar, maka melancarkan Revolusi Rusia 1905.
- 1916 - Perang Dunia I: Empayar Uthmaniyyah memenangi Pertempuran Canakkale di Gallipoli.
- 1917 - Perang Dunia I: Pertempuran Rafa terjadi berhampiran sempadan Mesir dengan Palestin.
- 1923 - Juan de la Cierva melakukan penerbangan autogiro pertama.
- 1941 - First flight of the Avro Lancaster.
- 1941 - Perang Dunia II: Kapal Triton (S.112) Greece mengelamkan kapal selam Neghelli Itali di Otranto.
- 1945 - Tentera Amerika Syarikat menyerang Luzon di Filipina.
- 1947 - Elizabeth "Betty" Short yang dikenali sebagai Black Dahlia, ditemui hidup buat kali terakhir.
- 1951 - Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dibuka secara rasmi di Bandar Raya New York.
- 1964 - Hari Syahid di Panama: Rusuhan empat hari meletus atas sebab pertikaian kedaulatan Zon Terusan Panama.
- 1968 - Salji turun di Bandar Raya Mexico buat sekali sahaja selama tiga hari berturutp-turut.
- 1972 - Kapal RMS Queen Elizabeth diranapkan api di Pelabuhan Victoria, Hong Kong.
- 1986 - Setelah kalah dalam perebutan paten kepada Polaroid, Kodak terpaksa menghentikan niaga kamera segeranya.
- 1991 - Pihak Kesatuan Soviet menyerbu kota Vilnius untuk menghalang kemerdekaan Lithuania.
- 1997 - A Comair Embraer EMB 120 crashes during approach into Detroit Metro Airport, killing 29 people.
- 2001 - Shenzhou 2, kapal angkasa lepas tanpa manusia buatan China, dilancarkan.
- 2005 - Perjanjian Naivasha ditandatangani kerajaan Sudan dan pihak pemberontak Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan di Naivasha, Kenya.
- 2005 - Pilihan raya diadakan untuk mencari pengganti Yasser Arafat sebagai ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin. Arafat diganti oleh Rawhi Fattouh.
- 2007 - CEO Apple Inc., Steve Jobs memperkenalkan iPhone.
|